August 9th, 2007 by lilyzuhaili
Plse read: Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.
>> 1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
>> mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
>>
>> 2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
>> tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
>> mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
>> melindungi diri mereka).
>>
>> 3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
>> tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
>> tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
>> menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan
>> PJ).
>>
>> 4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
>> waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
>>
>> 5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
>> lama…).
>>
>> 6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,
>> cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
>> sentiasa alert).
>>
>> 7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
>> masuk ke dalam rumah.
>>
>> 8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan
>> rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik
>> motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,
>> mereka akan menundukkan kepala).
>>
>> 9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita
>> dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
>> benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka
>> boleh double check dengan kita.
>>
>> 10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
>> juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
>> extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
>> kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
>>
>> 11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991
>> atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda.
>> Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat
>> panggilan telefon.
>>
>> 12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
>> automatik alarm.
>>
>> 13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
>> automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.
>>
>> 14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg
>> penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
>>
>> 15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
>> dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang
>> kerap di kawasan anda.
>>
>> 16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand
>> new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur
>> (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
>> pencuri).
>>
>> 17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci
>> dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda
>> perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
>>
>> 18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil
>> anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
>>
>> 19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
>> tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat
>> beri pada jiran yang kita kenal rapat.
>>
>> 20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau
>> bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
>>
>> 21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
>>
>> Sumber : Bukit Aman PDRM
Posted in info | No Comments »
August 9th, 2007 by lilyzuhaili
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……"
Posted in Religion | No Comments »
August 9th, 2007 by lilyzuhaili
Would like to know your mobile is original or not?!!
After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:
43 4 5 6 6 1 0 6 7 8 9 4 3 5
- IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was Assembly on Emirates which is very Bad quality
- IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it¢s manufactured in Germany which is not bad
- IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it¢s manufactured in Finland which is Good
- IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality …
- IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was Assembly on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!
Posted in info | No Comments »
August 9th, 2007 by lilyzuhaili
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "’shut up you’ tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "’superman’ tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you
Posted in Uncategorized | No Comments »
August 7th, 2007 by lilyzuhaili
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang
yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya …saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"
Posted in Uncategorized | No Comments »
August 3rd, 2007 by lilyzuhaili
Kisah Lucu
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan
berlepas ke Labuan.
Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil
berdiri. Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang
kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke
kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat
di Labuan," jawab kapten.
Posted in Uncategorized | No Comments »
August 3rd, 2007 by lilyzuhaili
salam…
nama aku nur zuhaili zulkafle tp adik beradik, sedara mara,kawan2, shabat handai dan rakan taulan tak luper jiran2 mahupon musuh2 (ader musuh ker? ntah la! tak pasan..huhu..) memanggil aku dengan nama LILy…ader gak la yng pangil kak long coz mak aku n abah serta adik beradik kandung aku panggil along.. hehehe..
anak sulung dari 3 beradik.. aku masih lagik menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (luf ukm very much!!) dalam jurusan Komputeran Industri..di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat…skang ni dah pon taun 3…insyaalah next year habeslah…huhu….&…stay kat Kolej Pendeta Zaaba…
Family aku dok kat Tmn Teratai Skudai Jobor Bahru. Mak aku ialah pengasuh dan cikgu tadika kat skola tadika la tp private sector la. Abah aku seorg site supervisor. Adik laki aku keje dh coz dier baru hbes blaja last month…n my little sister but bigger than me still studying in form 6 — EC JB
Walaupon begitu aku gak mempunyai 3 org adik angkat kesayangan..Dulu mak aku jage dorang tyme mak ayah dorang keje tp skang sjak 2 taun kebelakangan ni ble mak aku dh stat keje…mak aku tak jage dorang g..tapi sayang nyer pasal… sampai skang pon budak2 tu masih dtg n tingal gan ktorang tp tyme cuti skola jek la…yg abg tu dh darjah 3..kakak darjah 1…n adik lom skola.. dorang bertiga ni lah permata hati aku… sayang sangat kat dorang cam sayang diri sendiri taw…
selain tu aku ader adik beradik lain..hehehe… ramai taw.. adik beradik batch 19 Urusetia Pembagunan Sumber Manusia (UPSM)… gan dorang la aku berkongsi suka dan duka huhu… dorang la adik bradik aku kat UKM tu… sayang dorang taw.. Tak luper abg2 n akak2 senior…sayang dorang gak… dorang la telah membantu aku hidup bersosial secara sihat di kampus hehehe….
Nak citer hal aku ni 7 hari 7 malam pon tak habes kan… cam penat la… k sok sambung..jap2 lagik ker…huhu..
Posted in Current Affairs | No Comments »
August 3rd, 2007 by lilyzuhaili
nur zuhaili zulkafle
lily
22 thn
single but not available..huhu…
Posted in Uncategorized | No Comments »